Tag: Perabot Rotan Berkualiti dari China kini di Lecio

Perabot Rotan Berkualiti dari China kini di Lecio

unnamed

HIGOLD Outdoor Furniture, sebuah perusahaan perabot rotan dari China menjanjikan produk berkualiti tinggi hasil kerja pasukan R&D, pasukan pereka yang turut disertai pereka Eropah dan Australia, menggunakan mesin kimpalan robotik, semburan automatik untuk kemasan terbaik dalam pembuatan perabot rotan, HIGOLD telah memperoleh sijil sistem pengurusan kualiti ISO 9001  membuktikan kecekapan sebagai pengeluar perabot outdoor berkelas dunia.

Jenama ini berjaya memenangi hari pereka ketika dan dianugerahkan pelbagai pengikhtirafan reka bentuk antarabangsa seperti Anugerah RedDot untuk koleksi ‘Shenzhou X ‘ yang iilhamkan oleh modul kapal angkasa Shenzhou X.

Usaha berterusan membangunkan inovasi reka bentuk perabot rotan, HIGOLD menjalin kolaborasi bersama kumpulan pereka antarabangsa seperti Nicolas Thomkins selain pereka terkenal dari Jerman, Itali dan Australia. Kerjasama ini telah berhasil mencipta lebih daripada 300 produk perabot outdoor dipatenkan. Antaranya koleksi eksklusif Airport, Amigo, Bowie, Clark, Diamond, York dan banyak lagi.

HIGOLD menawarkan pengguna perabot outdoor menarik perhatian untuk patio, teres, taman-taman, kolam renang atau conservatory; sempurna untuk berehat, bertemu, kerja atau menjamu selera. Reka bentuk original, hiasan unik, rotan berkualiti tinggi dan fabrik tahan lama, ia adalah campuran mencipta koleksi rekaan sangat baik. Oleh itu, tidak hairan apabila HIGOLD telah dipilih menghias rantaian hotel terkenal seperti Hilton dan Sheraton!

Jadi tunggu apa lagi? Lawati showroom LECIO dan dapatkan koleksi ini untuk taman anda!

The post Perabot Rotan Berkualiti dari China kini di Lecio appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

from Blogger http://ift.tt/2hPvYwA

Advertisements