Menerapkan Unsur Vintaj Dalam Hiasan Laman Dengan Konsep Yang Segar

Anda pastikan inginkan kelainan dalam setiap konsep tatarias yang anda lakukan terhadap ruangan laman landskap anda. Siapa yang tidak inginkan perubahan yang segar malah sedap mata memandang, bukan? Atau adakah anda peminat unsur romantika vintaj dan tarikan ‘old-achool’ terhadap laman landskap anda? Konsep sebegini sebenarnya adalah lebih mudah untuk anda realisasikan kerana hanya memerlukan unsur-unsur semulajadi seperti batu dan besi yang mudah didapati dalam pelbagai rekabentuk terkini.

Jom kita ikuti beberapa idea-idea hiasan laman landskap yang patut anda cuba untuk menyerlahkan unsur vintaj pada halaman anda.

1. Pilih Yang Liar Dan Berwarna-Warni

Bunga-bungaan liar dan tumbuh-tumbuhan rimbun amat sesuai digunakan untuk mencetuskan unsur vintaj dalam sesebuah taman. Ia membantu untuk memenuhi ruang halaman anda dengan pelbagai tekstur yang berwarna-warni. Anda juga boleh mengubahsuai laman anda dengan menerapkan sedikit elemen dari rimbunan ros liar untuk menambahkan seri.

2. Penggunaan Batuan Yang Bijak

Konsep vintaj tidak akan lari dari pengguaan batu-batuan yang mencerminkan suasana Inggeris zaman madieval dahulu. Dekorasi berunsurkan batu-batuan sesuai dijadikan tembok untuk tumbuh-tumbuhan anda hidup mekar sambil melilitnya dengan indah. Manakala batu-batuan yang berupa haiwan atau boneka boleh dijadikan hiasan semulajadi di laman anda.

3. Pendekatan Unsur Romantik

Suasana vintaj seringkali dikaitkan dengan unsur romantika jadi serlah aura romantik tersebut dengan faktor-faktor yang menghidupkan elemen cinta di dalam laman anda. Penggunaan ‘arbor’ yang menghiasi laluan masuk ke taman anda boleh membantu menghidupkan suasana romantis tersebut. Gunakan mawar liar yang boleh tumbuh melingkari tingkap bilik tidur anda agar ia kelihatan seksi dan mampu mencetuskan sudut yang romantik untuk dipandang.

4. Penggunaan Pagar Besi

Mungkin bagi anda penggunaan pagar besi kelihatan ada celanya jika dimasukkan di dalam hiasan laman anda, namun ia mempunyai unsur-unsur vintaj yang tersendiri. Jika anda tidak suka untuk memasukkannya sebagai pagar taman anda, ia boleh diubahsuai untuk digunakan sebagai penghadang kolam renang. Ia membantu menimbulkan gambaran vintaj yang sebenar pada laman landskap anda.

Menerapkan usur vintaj adalah sesuatu yang mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan kos yang mahal. Anda hanya perlu bijak bermain dengan hiasan tumbuh-tumbuhan dan elemen-elemen asas tadi seperti besi dan batu untuk menghidupkan suasana vintaj itu sendiri. Selamat mencuba!

from Blogger http://ift.tt/2swOH8D

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s