Klasik Atau Moden, Yang Mana Satu Sesuai Untuk Ruang Bilik Mandi Yang Mantap

Klasik ataupun moden – yang mana satukah sesuai untuk digunakan untuk menghias ruang kamar mandi anda agar dapat kelihatan menarik dan elegan? Anda tentu masih tercari-cari idea dan inspirasi untuk mengolah ruangan mandi anda yang suram. Gabungan konsep moden dan klasik kini sudah boleh diguna pakai dengan cemerlang kerana ia dapat mencetuskan suasana permai dan elegan di dalam sesebuah kamar mandi.

Disebabkan kebanyakan reka hias dalaman kini banyak mengikuti trend terbaru berdasarkan konsep suai dan padan, maka ia lebih memudahkan untuk anda menggabungkan kedua-dua elemen klasik dan moden di dalam satu kemasan yang versatil.

1. Rekabentuk Klasik Dengan Kelainan

Bilik mandi yang direkabentuk dengan menempatkan banyak ruangan penyimpanan yang bakal memudahkan anda untuk menyimpan semua barangan anda di sana. Lantai dengan kemasan kayu menampakkan lagi suasana elegan sesebuah bilik mandi itu. Tatarias asas yang dipadankan dengan elemen klasik menjadikan suasana di dalam kamar mandi tersebut kelihatan luas dan menarik dipandang mata.

2. Klasik Gabungan Moden

Klasik tidak pernah ketinggalan zaman di dalam dunia hiasan dalaman – di dalam kamar mandi ini, hiasannya lebih kepada berkonsepkan moden termasuk dari segi item dan perabot yang digunakan. Namun begitu perabot ini diselang-selikan dengan beberapa item klasik dan tradisional seperti cermin dan rak yang digunakan. Malah cara sedemikian boleh memberikan keseimbangan pada reka hias bilik mandi tersebut.

3. Penggunaan Corak

Walaupun memerlukan kos yang agak tinggi, anda boleh mengubahsuai sebaik mungkin suasana dalam kamar mandi anda dengan mengadunkan sekali corak-corak yang menarik. Kebanyakan kertas dinding mampu menahan air dan menjadikan suasana yang cukup berlainan pada kamar mandi anda. Gunakan warna yang agak segar agar kamar mandi anda mampu mencetuskan suasana yang menyamankan setiap kali anda masuk ke dalamnya.

4. Konsep Gelap Dan Bermisteri

Keinginan untuk mewujudkan konsep klasik tidak bermaksud anda harus kekal di kedudukan lama. Membawakan bersama elemen tradisional adalah salah satu cara untuk menciptakan keunikan apabila digabungkan dengan peralatan dan perabot moden. Ia banyak bermain dengan warna jubin hitam putih yang klasik. Namun begitu konsep ini lebih sesuai untuk golongan lelaki berbanding wanita.

 

from Blogger http://ift.tt/2s6VLs8

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s