Menghias Ruangan Rumah Anda Yang Kelihatan Agak Suram

Walaupun anda tidak menyangka tentang perkara ini, jika anda berasa letih, bosan, kurang inspirasi dan tiada mood, cuba anda pandang pada keadaan di sekeliling ruang rumah anda. Ramai yang mencadangkan bahawa kita memberikan reaksi berbeza terhadap ruangan dan pencahayaan sesuatu tempat. Tidak kira samada anda memilih untuk menceriakan ruang yang suram mahupun menambahkan lebih pencahayaan kepada ruangan rumah anda, masih ada pelbagai cara yang boleh anda gunakan untuk memberikan lebih keceriaan ke dalam ruangan suram di rumah anda.

Dengan menggunakan cara ini, ruang yang paling gelap di dalam rumah anda pun boleh diceriakan dengan berkesan dan cukup bergaya.

1. Perhatikan Ruangan Suram Di Sekitar Rumah

Jika anda telah tinggal di rumah anda untuk masa yang agak lama – tentunya anda tahu di mana terletaknya bahagian suram di dalam rumah anda. Sebelum anda mula bercadang untuk menerangkan tempat-tempat tersebut anda perlu sedar apa yang menyebabkan suasana suram tersebut. Adakah anda sebenarnya memerlukan tingkap yang lebih sesuai untuk menyalurkan cahaya ataupun warna yang sesuai untuk kemasan dinding anda?

2. Suai Padankan Warna Putih Dan Neutral Dalam Rumah Anda

Jika ruangan rumah anda memerlukan sedikit kehangatan, anda boleh mencuba untuk mengadunkan perabot yang memiliki tona warna neutral seperti warna perang espresso, kelabu dan hijau pucuk pisang. Warna-warna tersebut boleh memberikan kepada anda gaya yang sangat versatil dan seterusnya memberikan impak keserian apabila digandingkan dengan lantai kayu gelap ataupun perabot kayu yang berat.

3. Mengadunkan Kemasan Cerah Di Antara Kabinet Gelap

Jika anda cukup menggemari kabinet yang bertona gelap ataupun lantai yang gelap maka anda harus mempertimbangkan untuk mengadunkan sedikit warna cerah ke dalam persekitttaran tersebut. Ia akan menyebabkan ana lebih seronok untuk memasak di dapur dengan pencahayaan yang sesuai bersama konsep yang lebih terbuka. Kebetulan jika sedang mencaria idea untuk menghias dapur anda, boleh menggunakan idea ini untuk menginspirasikan senihias anda.

4. Memberikan Pencahayaan Kepada Bilik Tidur Yang Gelap

Walaupun bilik tidur yang gelap dan sofistikated boleh menggambarkan sesuatu –  ia juga boleh menjadi kawasan yang paling merehatkan setelah seharian anda berkerja di luar. Jika anda menggemari penampilan yang gelap dan dramatik, pertimbangkan untuk menggunakan sedikit pencahayaan lembut pada persekitaran yang strategik untuk menambahkan mood tenang dan santai di dalamnya. Penggunaan pencahayaan yang kreatif atau lampu meja yang redup juga boleh membantu memberikan efek yang sesuai.

 

from Blogger http://ift.tt/2sJQ6Gi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s