6 TERAS ZEN

nu-infinity

kredit imej : nu infinity

 

Bagaimana kualiti Zen yang sukar boleh dicapai? Sempena subjek deko ruang dapur kali ini, rrenovation berkongsi 6 prinsip teras Zen secara yang boleh dijadikan garis panduan mencipta ruang makan Zen!

 

  1. Koko –   (Austerity)
    Prinsip pertama ialah Koko yang memberi penekanan terhadap 3 hal dalam renovasi iaitu sekatan (restraint) pengecualian(exclusion) dan yang tidak dimasukkan (omission). Bermakna, bagi mencapai sebuah ruang makan berkonsep Zen, tahan daripada menambah apa yang tidak benar-benar perlu dari awal. Ia bertujuan menjadikan sesuatu ruang itu lebih lapang dalam masa yang sama ia adalah sebuah ruang yang mempunyai fokus dan kejelasan.

 

  1. Kanso – Kesederhanaan (Simplicity)

Kanso menetapkan bahawa beauty dan utility  tidak perlu dipandang berlebih lebihan kerana  ia cenderung menghakis rasa segar, bersih dan kemas. Hapuskan apa yang tidak penting untuk menjadikan ruang dapur hadir lebih sederhana.

 

  1. Shizen – Semula jadi (Naturalness)
    Matlamat Shizen adalah untuk membentuk ruang yang seimbang secara semula jadi dan mempunyai keunikan tersendiri, sebuah ruang yang akan dilihat tanpa kepura-puraan atau memaksa untuk nampak natural tetapi ia masih sebuah ruang dicipta secara terancang dan bukan secara tidak teratur.

 

  1. Yugen – Kehalusan (Subtlety), Tersirat (Implicitness)
    Prinsip Yugen merujuk kepada pandangan bahawa meninggalkan sesuatu untuk imaginasi mewujudkan aura misteri yang menarik kita untuk mencari jawapan. Godaan terletak pada apa yang tidak diketahui. Jadi mengehadkan dan menghilangkan bberapa perkara adalah cara untuk mememunculkanrasa ingin tahu dan meninggalkan sesuatu kepada imaginasi

 

  1. Fukinsei – Ketidaksempurnaan (Imperfection), Tidak seimbang (Asymmetry)
    Matlamat fukinsei adalah untuk menggunakan kecenderungan natural manusia yang selalunya mencari ruang mengisi lompong ketidaksempurnaan. Cara mengadaptasi Fukinsei adalah menyediakan suasana yang tidak seimetri di mana ruang yang direka seperti ini akan menarik penglibatan sesiapa yang melawati ruang ini mencipta keseimbangan dalam gambaran.

 

  1. Seijaku – Kesunyian (Stillness), Ketenangan (Tranquility)

Bagi pengamal Zen, Seijaku ia adalah tahap ketenteraman yang diperoleh dari ‘gamma brainwaves’ apabila berada dalam ruang yang sunyi dan tenang.

The post 6 TERAS ZEN appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

from Blogger http://ift.tt/2gVzNnI

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s