KELAHIRAN SEMULA SENI BINA ISLAM

alhambra-spain

Menyingkap sejarah seni bina Islam, merupakan khazanah diwarisi dari satu era kegemilangan ribuan tahun dahulu di negara Islam.  Pengaruh seni bina Islam tersebar di serata dunia melalui penawanan empayar Rumawi, Konstantinopel, penaklukan ke atas kerajaan Sepanyol dan sebahagian dari benua Eropah oleh empayar kerajaan Islam, perkembangan ekonomi yang menyaksikan para pedagang membawa seni ini melalui jalan sutera, penerapan ilmu serta banyak cabang seni diyakini telah dibawa oleh pengembara, pendakwah dari negara islam ke negara yang dilawatinya.

iran-imam-square-mosque

Walaupun banyak monumen hebat islamik telah musnah akibat peperangan dan bencana alam, monumen ini telah berdiri megah melebihi lebih beberapa dekad dan membuktikan keutuhannya. Kesedaran tentang kehebatan seni bina Islam membawa kepada penubuhan I-NAI Ventures yang telah bermula sejak 1986.  Pengasas I-NAI, Nik Ahmed Mazlan Nik Mahidin bertekad untuk mengembalikan kegemilangan seni bina ini menggunakan bahan serta teknologi moden.

palace-of-justice-putrajaya8

Hari ini seni bina Islam sudah bersifat universal hasil percampuran idea dan kemahiran seni dari pelbagai bangsa dan empayar hebat seperti Turki, Iran, India, Sepanyol, Maghribi, Mesir, Syria termasuk Malaysia sendiri.

taj-mahal-india

Selain menggunakan elemen alam semula jadi sebagai sumber inspirasi utama, I-NAI dikenali melalui pembuatan seni ukiran yang halus dan binaan yang direka khas daripada bahan Glass Fiber Reinforced Gypsum, concrete, polyurethane polymers, plastic, wood, stone dan ceramic tiles. Kekayaan bahan dan rekaan yang ditawarkan memberi lebih pilihan kepada arkitek untuk meneroka idea baru dan segar.

whatsapp-image-2016-11-29-at-8-46-44-am

Tidak sekadar mendukung konsep islamik semata-mata, malah karya yang dihasilkan oleh I-NAI juga boleh menguatkan karakter seni bina kotemporari dan moden baik untuk binaan kediaman mahupun komersial.

whatsapp-image-2016-11-29-at-8-46-43-am

30 tahun berada dalam industri seni bina, fabrikasi serta membekal dan memasang perhiasan seni bina islamik mengukuhkan portfolio I-NAI dalam industri seni bina di Malaysia. I-NAI diberi kepercayaan mengendalikan projek mega dan beprestij seperti Dataran Merdeka, Brickfields Little India, Istana Kehakiman Putrajaya, Masjid Putrajaya, Rumah Perdana Menteri, Masjid KLIA, Lapangan Terbang Terengganu, Istana Alam Shah. Istana Negara dan banyak lagi.

palace-of-justice-putrajaya7

Potensi I-NAI Holdings bukan sekadar mengeksploitasi pasaran tempatan tetapi juga telah menarik minat para pelabur dari luar negara dengan menandatanganu MOU untuk mengembangkan perniagaan di Damman, Abu Dhabi, India, Turki, Nigeria dan lain-lain. Setiap sentuhan seni dan rekaan memdukung mesej cinta, keindahan, kedamaian dan kesatuan sejagat bertepatan slogan I-NAI “It is all about love, beauty, peace and unity’

 

istana-terengganu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The post KELAHIRAN SEMULA SENI BINA ISLAM appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

from Blogger http://ift.tt/2gRkNpl

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s