8 TIPS PERLU BUAT PENJAGAAN POKOK INDOOR

Cari tapak yang menerima kuantiti cahaya yang betul

Apabila menetukan di mana untuk meletakkan tumbuhan dalam dapur, perlu diingat bahawa tingkap menghadap ke selatan menerima lebih cahaya daripada yang menghadap ke utara. Perhatikan jumlah cahaya dan jangka masa cahaya masuk sebelum meletakkan tumbuhan berhampiran tingkap. Tumbuh-tumbuhan dengan daun berwarna terang memerlukan lebih cahaya daripada yang lain. Lebih baik jika menetapkan tempat yang menerima cahaya secara seimbang kerana dedaun secara automatik condong ke arah cahaya.

 

Biar pot tumbuhan simpan air lebih lama.

Jika pasu tumbuhan indoor terlalu cepat kering selepas siraman, cuba cara mudah ini untuk menjaga tanah supaya lembap lebih lama.  Masukkan span lembap ke dalam bahagian bawah pot sebelum mengisinya dengan tanah. Ia akan bertindak sebagai takungan air.

 

national-postBeri minuman teh pada tumbuhan
Sekali-sekala beri  minum teh pada paku-pakis, gardenia, dan spesis acid-loving houseplant yang lain. Bancuh teh dan siram, tumbuhan akan lebih subur dan kelihatan sihat serta cantik

 

 

Sisa soda dan air  rebusan telur

Mineral dalam soda membantu petumbuhan  tumbuh-tumbuhan hijau berkembang.  Untuk faedah maksimum, siram tumbuhan dengan soda seminggu sekali atau hidratkan tumbuhan dengan air bekas rebusan telur yang sudah sejuk kerana air tersebut penuh dengan nutrien.

 

blistreeSiram dengan ketulan ais.

Letakkan di sekitar tanah, tetapi jangan sehingga menyentuh batang pokok. Ais akan cair perlahan-lahan, melepaskan air secara beransur-ansur dan sama rata ke dalam tanah.

 

Berbual atau bacakan surat khabar dan buku.

Membaca  atau berbual engan pokok boleh memberi manfaat kepada tumubuhan dalam dua cara. Satu, karbon dioksida dalam nafas memberi tenaga kepada tumbuhan untuk kitaran pertukaran gas. Kedua, jika ada cukup cahaya semula jadi untuk anda membaca dengan baik, bermakna tumbuh-tumbuhan mendapat jumlah minimum cahaya yang diperlukan untuk pertumbuhan yang baik.

 

Sebelum bercuti…

Siram houseplants anda dengan sempurna. Maukkan tuala lembap dalam sinki pastikan tuala lembap itu boleh mengalirkan air pada lubang sinki. Buka paip dan biar air menitis kecil dan perlahan.  Tempatkan pot di atas kain lembat tersebut, kelembapan kain akan diserap oleh akar pokok.

 

Lapik pad tetikus computer.

Untuk memastikan bekas pot tidak merosakkan perabot atau lantai dapur, tempatkan pot  di atas pad tetikus komputer lama. Lantai dan permukaan perabot akan kekal terjaga dan tidak calar akibat akar pokok yang menebusi.

 

 

The post 8 TIPS PERLU BUAT PENJAGAAN POKOK INDOOR appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

from Blogger http://ift.tt/2gO5vBv

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s