RR Selebriti: Maya Karin

Maya Karin Roelcke, selebriti jelita dan bijak yang kini aktif dalam industri pelaburan hartanah rumah. Berita tentang penglibatan Maya dalam pelaburan hartanah mula tersebar melalui pendedahan pelaburannya di Kota London yang nilainya mencecah jutaan ringgit.

rr_41_selebriti_maya_karin_portrait

Mula diketahui ramai terlibat dalam perniagaan hartanah apabila membeli aset rumah London, Boleh kongsikan kenapa Maya memilih untuk membuat pelaburan di Kota Metropolitan United Kingdom itu?
Saya memilih Kota London selepas berpuas hati melihat peluang pasaran di sana. Kebetulan, adik perempuan saya tinggal London dan mencadangkan lokasi tersebut, ianya berdekatan kawasan hotspot serta kemudahan pengangkutan awam.

http://ift.tt/29r0yMD

Bagaimana dengan di Malaysia?
Ya, saya juga banyak membuat pelaburan hartanah di beberapa tempat di Malaysia antaranya di Damansara dan Kuala Lumpur.

Pernah terfikir tentang risiko jika gagal?
Tiada siapa yang mahu gagal. Begitu juga saya. Jadi saya perlu belajar. Perniagaan hartanah harus mempunyai strategi tersendiri untuk memastikan ia tidak menjadi pelaburan yang merugikan.

Antara strategi Maya Karin?
Saya gunakan konsep beli, baikpulih dan jual. Cara ini memberi keuntungan mencecah 40 hingga 50% untuk sebuah rumah.

Perkara wajib ada dalam setiap hartanah rumah yang dibaikpulih dan dihias?
Tilam vono.

rr_41_selebriti_maya_karin

Apa yang menariknya tentang tilam ini?
Saya percaya, bilik tidur yang baik adalah salah satu faktor yang menambah nilai sebuah rumah. Saya pilih tilam Vono kerana saya tahu ia adalah satu jenama berkualiti yang dicari. Contohnya model siri ErgoBed dilancarkan tahun ini, ia mempunyai Pocketed Intalok 1200 Springing system yang merupakan dawai keluli tahan tegangan tinggi melalui mesin gegelung khas ditenun dalam corak saling interlock untuk sokongan badan yang teguh dan mampu menyerap pergerakan badan tanpa mengganggu tidur. Tentang designya pula, saya sendiri terlibat dalam memberikan pendapat dalam rekabentuk tilam ini. Ia adalah satu pengalaman yang bermakna bagi saya apabila dapat menyumbang sesuatu yang baik kepada pengguna.

Mengapa pelaburan hartanah rumah dan bukan perniagaan lain yang banyak diceburi artis tempatan?
Rumah adalah satu keperluan. Ia akan sentiasa mempunyai permintaan menjadikan ia prospek perniagaan yang menguntungkan.

The post RR Selebriti: Maya Karin appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

from Blogger http://ift.tt/2eLbIxy

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s