RR Destinasi: Pedras Salgadas Spa

rr_41_destinasi_pedras_salgadas_spa_exterior

70 minit dari bandar Porto menuju utara Portugal membawa kepada penemuan tempat peranginan 4-bintang The Pedras Salgadas Spa yang berada pada ketinggian 580 meter di tengah Pedras Salgadas Park dimiliki oleh perbandaran Vila Pouca de Aguiar.

Pedras Salgadas Spa & Nature Park menunjukkan kepada pengunjungnya bagaimana seni bina lestari beradaptasi dalam persekitaran taman yang berusia berabad lamanya. Tambahan lagi, taman romantis purba dengan banyak laluan basikal gunung ini memudahkan penerokaan bekas stomping ground of royalty tetapi kini boleh diakses kepada semua.

Meneroka keindahan alam

rr_41_destinasi_pedras_salgadas_spa_outdoor
Di sini, alam semula jadi hanya selangkah dari tempat penginapan. Kesemua bilik menampilkan dek luar dan tingkap luas terbina dari kaki lantai ke siling di pelbagai sudut. Thermal Spa dari abad ke-19 yang diubahsuai oleh pemenang Hadiah Pritzker iaitu arkitek Alvaro Siza Vieira berada di pusat hotel menjadikannya ia sebuah ruang yang merangkumkan elemen lama dan baru. Alvaro Siza Vieira hanya melaraskan struktur hiasan dalaman asal di mana cahaya semula jadi dimaksimumkan sepenuhnya melalui tingkap dan siling kaca bewarna yang dipulihkan. Terdiri daripada kolam renang, Hammam, sauna, dan Vichy shower, Thermal spa menggunakan sumber mata air semulajadi Pedras Salgadas yang terkenal memiliki kebaikan kepada kesihatan.

*Penggunaan identical prefabrication modules membolehkan pembinaan setiap rumah inap dimuatkan ke dalam persekitaran semulajadi yang membentuk keunikan tersendiri.

http://ift.tt/29r0yMD

Pilihan Eco Houses dan Tree-Houses
Berbalik kepada rekaan tempat inapan yang terdiri daripada 12 singular eco-house dan dua tree-houses ini direka oleh arkitek Luis Rebelo de Andrade bercampur dengan sempurna di persekitaran landskap subur menghijau. Bersaiz di antara 22 dan 66 meter persegi, setiap bilik inap dibina atas tapak yang strategik dan menarik seperti di antara ancient trees. Unsur taman yang mengelilingi diambil kira dan digabungkan dengan reka bentuk non-comformist.

rr_41_destinasi_pedras_salgadas_spa_building

Eco Houses terdiri daripada dua bilik tidur, ruang tamu, dapur kecil, bilik mandi, hall, dan dek, Deluxe Eco Houses juga menawarkan ruang untuk dua katil tambahan. Manakala
The Tree House yang meliputi kira-kira 22 meter persegi mempunyai dapur kecil, bilik mandi duplex, katil double, dan sofa.

rr_41_destinasi_pedras_salgadas_spa_room

Bekerjasama dengan Portuguese Company Modular System, penggunaan identical prefabrication modules membolehkan pembinaan setiap rumah dimuatkan ke dalam persekitaran yang membentuk keunikan tersendiri.

Membingkai pemandangan hijau
Garis bersih, cahaya semula jadi dan palette natural menjadi ciri utama rekaan ruang dalaman Pedras Salgadas. Sepadan dengan keringkasan tetapan berbentuk modular, eco-house yang terkenal dengan hiasan dalaman ruang tamu putih dengan sedikit selingan lantai dan perabot kayu atau tekstil berwarna semula jadi.

rr_41_destinasi_pedras_salgadas_spa_room_1

Sama ada pengunjung memilih bilik yang mempunyai dek peribadi dibina daripada kayu mahupun tingkap direka penuh membingkai pemandangan semula jadi, persekitaran memukau tidak pernah jauh dari penglihatan bila menginap di sini.

http://ift.tt/KnhqmP

The post RR Destinasi: Pedras Salgadas Spa appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

from Blogger http://ift.tt/2enjcnc

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s