RR ikon: Ingat Kembali – Zaha Hadid

Bangunan Black Cultural Archives di Brixton ini diumumkan sebagai bangungan terbaik di London tahun lalu manakala arkiteknya, Zaha Hadid diikhtiraf sebagai New Londoner of the Year di majlis anugerah utama rekabentuk di London.

rr_zaha_hadid_zha_aquatics_centre

Mengimbau figura Zaha Hadid, seorang arkitek wanita yang berjiwa besar dan dikenali dalam dunia seni bina, pemergiannya menjadi satu kehilangan bear dalam lapangan seni bina dunia. Setiap rekaannya meninggalkan impak yang hebat dalam kehidupan masyarakat.

rr_zaha_hadid_zha_aquatics_centre_interior

Memetik kembali komen beliau ketika menerima anugerah New Londoner Of The Year “Menerima anugerah New Londoner Award tahun ini adalah satu penghormatan besar buat saya.

rr_zaha_hadid_roca_gallery

Ia adalah titik perjalanan dalam misi untuk menarik penglibatan masyarakat secara bersama-sama kearah pembentukan bandar yang lebih baik”.  London mengikhtiraf sumbangan beliau kepada industri reka bentuk melalui kerja beliau di UK dan luar negara.
http://ift.tt/29r0yMD
rr_zaha_hadid_evelyn_grace_academy

Antara seni bina lain rekaan Zaha Hadid termasuk bangunan London Aquatic Centre dan the Serpentine Sackler Gallery. Secebis info tentang bangunan the Black Culture Archieves di Brixton, projek rekaan ini telah menyelamatkan bangunan nbersejarah Raleigh Hall daripada pencerobohan. Pemulihan ini membuktikan bahawa sebuah bangunan lama boleh dibangun semula untuk manfaat masyarakat setempat.

rr_ikon_zaha_hadid

Dame Zaha Mohammad Hadid, DBE adalah seorang arkitek Iraq-British. Pada tahun 2004 beliau menjadi wanita pertama menerima Pritzker Architecture Prize dan menerima Stirling Prize pada tahun 2010 dan 2011. Bangunan beliau adalah neofuturistik, ciri-ciri yang “kuat, bentuk melengkung struktur memanjang” dengan “titik perspektif pelbagai geometri dan berpecah-belah untuk membangkitkan huru-hara hidup moden“.

www.zaha-hadid.com

Selanjutnya: Inovasi Pereka Muda

The post RR ikon: Ingat Kembali – Zaha Hadid appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

from Blogger http://ift.tt/2dNdL5U

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s