Putih Untuk Dapur

Spektrum warna putih mencipta getaran neutral, suci dan trankuiliti dalam sesebuah ruang. Kelebihan memiliki dapur warna putih adalah kesesuaian untuk diaplikasikan dengan semua tema daripada moden sehingga klasik. Warna ini juga fleksibel untuk diadunkan bersama bahan bahan rekaan kabinet secara meluas seperti kayu-kayuan, marmar atau aluminium.

Lapang & Teratur
ruang-dapur
Kabinet asas, kabinet dinding dan kabinet tinggi direka dalam warna putih dengan sedikit sentuhan material coklat. Dominasi spektrum putih bersama faktor sirkulasi udara yang baik membentuk sebuah ruang dapur yang lapang. Istimewanya rekaan dapur putih adalah kebolehan naungan warna tersebut untuk mencetuskan kesan teratur dan efisien sepertimana dalam rekaan dapur ini. Lebih praktikal lagi, warna putih dalam dapur mendorong pemilik untuk sentiasa peka terhadap kebersihan dan merapikan ruang dapur setiap masa.

Rustik Old School
ruang-dapur-putih
Klasik moden yang indah, dapur ini diolah dengan gaya rustik old school dalam tema serba putih. Berseri dalam rona ini, sejambak bunga dalam bekas di atas meja pulau menambah rasa old school . Berada dalam ruang sedikit tertutup daripada sumber cahaya semulajadi, lampu gantung memainkan peranan penting untuk mencerahkan ruang dapur.

buenos-ads

Reflektif & Telus
ruang-dapur-putih-1

TIPS
Aplikasi putih pada reka bentik kabinet berpetak atau petak pada laci meja pulau, akan lebih menjadikan sebuah ruang dapur putih tampul menarik dan tidak bosan! 

ruang-dapur-putih-2
Hob, sinki dan peti sejuk dalam zon ruang dapur ini menampilkan sedikit campuran warna hitam dalam penguasaan majoriti warna putih. Material menampilkan unsur glossy  seperti pada marble top.  Reflektif, putih mencipta sensitiviti kedalaman ruang. Sentuhan kreatif disuntik dengan susunan dan teknik penyimpanan dekorasi dan barangan pada kabinet asas terbuka. Lantai marmar menambahkan nilai ketelusan zon dapur putih.

The post Putih Untuk Dapur appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

from Blogger http://ift.tt/293UPrW

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s