6 Kedai Kertas Dinding Pilihan

1) MyWall Wallpaper
in-home-mywall in-home-mywall-1
Sebagai salah sebuah syarikat pengedar kertas dinding utama di Malaysia, rangkaian kertas dinding di Mywall diperoleh dari pelbagai negara seperti Korea, UK, Gemany, Itali, Amerika Syarikat dan Jepun dengan lebih daripada 30,000 rekaan kertas dinding. Bermula tahun 2013 , Galeri Mywall mula menawarkan kertas dinding berciri islamic pertama seumpamanya di Malaysia, reka bentuk dibuat 100% oleh Designer Khat terkenal.
http://ift.tt/1EBkORE

rayaads

2) Zen Home Decor
in-home-zen-home-decor-1 in-home-zen-home-decor
Zen Home Decor telah ditubuhkan pada 1999 menjadi pakar hiasan dalaman termasuk penghasilan kertas dinding. Dengan lebih 16 tahun pengalaman dalam industri, Zen Home Deco terus menerus menyediakan rangkaian produk dengan trend terkini untuk memastikan ruang dalaman sentiasa segar. Memuaskan pelanggan dengan produk hiasan dinding berkualiti tinggi, bercorak indah dan rekaan kontemporari. Setiap musim Zen Home Decor akan memperbaharui rangkaian kertas dinding supaya pelanggan boleh mengintegrasikan gaya baru, fabrik dan corak ke dalam ruang bagi mencipta atmosfera segar dalam kediaman.
zenhomw@hotmail.co.uk

3) Goodrich
creative home oct14 indesign sept
Goodrich Global, satu lagi syarikat pembekal terbesar bagi wallcoverings berkualiti tinggi untuk kediaman, dengan pelbagai reka bentuk untuk dipilih. Koleksi kertas dinding Goodrich menawarkan pelbagai kemungkinan menghias, dengan gaya berbeza, corak dan warna, dari moden hingga klasik. Hidupkan ruang halaman, temui inspirasi di dalam ruang yang dicipta dengan sentuhan peribadi. Jadikan dinding tumpu mempersona menggunakan wallcovering dicat eksklusif dan direka oleh pereka terkenal di peringkat global.
http://ift.tt/17Jr07k

4) Luzzone Gallery
in-home-luzzone-1 in-home-luzzone
Ringkas dan inovatif, bergaya tersendiri serta kos efektif, Luzzone menyediakan cara mudah dan menjimatkan untuk menambah gaya unik dalam sebarang ruang pejabat dan kediaman. Wallcovering mural adalah salah satu tarikan Luzzone Gallery. Rekaan indah wallcovering dari Luzzone boleh disesuaikan seperti menambah logo syarikat atau iklan untuk tujuan komersial.
www.luzzone.com

5) Milae Hauzz Of Design
in-home-hauzz in-home-hauzz-1
Milae Create Line Furniture yang tekenal dalam industri hiasan rumah turut menyediakan kertas dinding dan pelekat dinding (wall sticker) cantik diimport dari korea. Pelekat dinding dan kertas dinding Milae meliputi pelbagai design sesuai untuk mana-mana ruang di dalam rumah dan memenuhi pelbagai cita rasa. Dari corak playfull untuk bilik anak hingga corak elegan bertema bunga dan reka bentuk cool snazzy untuk menyempurnakan ruang berkonsep moden.
milae@hotmail.my

6) Redcat
in-home-redcatin-home-redcat-1
Redcat membekalkan pelbagai jenis wallcoverings untuk rumah dan pejabat. Kesemua produk Redcat diimport dan dipilih oleh pereka berdasarkan keunikan reka bentuk, kualiti dan fungsi. Singga hdi Galeri Redcat di Damansara dan terokai begitu banyak design wallcovering dari koleksi klasik European Wallpaper, Designer Wallpaper, dan design terkini Korea Wallpaper yang trendy.
www.redcat.com.my

The post 6 Kedai Kertas Dinding Pilihan appeared first on Malaysia Interior Design, Home-living Magazine.

from Blogger http://ift.tt/297g7ug

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s